Assalammualaikum…
Melewati pekat malam dengan alunan nasyid. Alhamdulillah masih
diberi nikmat mendengar dengan baik. Lantas memegang kekunci computer riba,
laju menaip isi entry. Saat ini aku amat merindui sahabat2 seperjuangan semasa
menuntut ilmu bersama. Ukhwah kami sangat kuat. Allahuakhbar!!
3 tahun…
Berlalu pergi… 27/12/09 masih tersemat dalam jiwa ini. Semangat
yang sikit ku gagahkan melangkah masuk ke Uitm Negeri Sembilan. Berat… tapi di
situ jua aku meraih kekuatan!
Pintu bilik diketuk. “masuklah”. Wajah yang indah mejengah
dibalik pintu. Salam diberi, tangan dihulur. Perbualan yang singkat. “kiblat
mana?”. Tenang menjawab. Alhamdulillah… itu lah sahabat ku Nur Aqilah.
Sahabat ini lah yang banyak melihat jatuh bangun ku di sana.
Menganggap dia lebih dari seorang sahabat. Tak putus asa meniup api semangat. Sentiasa
peka saat aku didugaNya. Mentarbiyah saat aku rebah! Sahabat… andai engkau
boleh dengar ucapan ‘Terima kasih’ bertalu-talu di dalam hati ini.
Pergi… tak berhenti tinta jernih mengalir. Banyak mana ia mengalir
engkau, aku…tetap kan pergi. Berpisah. Haluan berbeza. Tapi ukhwah yang
tersimpul mati tak akan dapat pisahkan hati-hati ini! Walau jasad jauh berada
di utara dan selatan. Jazakallah ya sahabat!!!!
Setahun menetap di kolej, 2 tahun menetap di rumah sewa…
Pengalaman… banyak peristiwa mentarbiyah aku. Mula mengenali
Nurliyana, Siti Balqis, Nor Fazlina dan Nur Shuhada. MasyaAllah… hati mereka
sangat baik. Alhamdulillah, Engkau pertemukan aku dengan mereka.
Berada di bawah satu bumbung. Mendidik diri. Mengenali diri.
Mentarbiyah jiwa. Alhamdulillah… terlalu banyak lukisan kenangan yang kami
lakar.
Dugaan belajar… aku sering jatuh sakit. Ku kuatkan hati untuk terus berjuang!! Tak akan sekali ku putus asa. Tanpa sahabat… tak akan ku mampu berdiri sendiri. Ya Allah, tiada hadiah istimewa mampu ku berikan untuk ku balas kebaikan-kebaikan mereka. Aku tidak punya apa-apa. Hanya Engkau yang Maha Kaya. Ya Allah, ganjari kebaikan mereka!
Terima kasih…. Nurliyana
Terima kasih… Siti Balqis
Terima kasih… Nor Fazlina
Terima kasih… Nur Shuhada
Wassalam…
p/s: untuk bersama macam dulu mungkin susah. Untuk berjumpa
semula, insyaAllah jika ade jodohnya. Aku rindu sangat! Andai kalian boleh
dengar bisikan rindu ini. Aku doakan agar kalian berbahagia. Sentiasa mencari
redhaNya. Kuatkan semangat walau apa jua dugaan menimpa. Salam rindu.
wah... bergenang ayaq mata aq ni weh hahaha. ayat novelis beno hahaha. wlupun kita terpisah utara dan selatan, kita sama2 masih dpt melihat bulan dan matahari yg sama. selagi itulah, jika di beri kesempatan, pasti dpt bertemu lg. insyaallah :)
ReplyDeleteterima kasih baca... x ade lah ayat novelis sgt kan. hang lagi hebat. walau jauh mana terpisah, kita masih melihat matahari dan bulan yg sama! yeah... it is true. :) insyaAllah ade jodoh kita jumpa lagi ya sahabat.
ReplyDeleteNice... hehe
ReplyDelete