My First Step

Assalammualaikum.

Terpanggil hati ini untuk berkongsi apa yang telah saya baca kepada pembaca-pembaca. Sedang berusaha memperkasakan ilmu ukhrawi di dalam sanubariku. Kerana di sanalah penentunya. Di sini hanya pinjaman semata-mata dan grab the chance untuk kita kumpul sebanyak mungkin amalan-amalan kebaikan dan berusahalah hari demi hari untuk menjadi yang lebih baik. Wallahua’lam.
Niat saya kali ini untuk berkongsi kehebatan surah al-naas dan al-falaq. Kedua-dua surah ini dipanggil al-Mu’awizatain yang bermaksud dua surah pelindung. Kehebatan yang ada pada surah ini ialah :

1)      Amalan perlindungan diri Rasulullah SAW
Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sering membaca dua surah ini dengan surah-surah yang lain. Kemudian Rasulullah SAW meniup ke atas dua telapak tangan dan kemudian menyapu kepala, wajah dan seluruh tubuh. Demikianlah cara yang diajar Rasulullah SAW untuk meminta perlindungan Allah SWT.

2)     Melindungi diri daripada kejahatan jin dan manusia
Sebelum turunnya surah al-Nas dan al-Falaq, Rasulullah SAW membaca pelbagai doa untuk melindungi diri daripada kejahatan jin dan manusia. Namun setelah kedua surah ini diturunkan, Rasulullah SAW hanya membaca kedua-dua surah ini sahaja.

Alhamdulillah… I try my best to give the best for my entry. InsyaAllah.. mungkin saya bukanlah daie yang hebat dibandingkan dengan daie-daie di luar sana. Tetapi saya cuba untuk beri terbaik. InsyaAllah…. Umi saya pernah kata “kita manusia disuruh berusaha, usaha, usaha. Bukan berserah pada takdir sahaja tanpa usaha”. Wallahua’lam.


Have a g’day everyone!!


Jazakallah ,Kullu'am ..Waantum Bil-Khair

No comments:

Post a Comment